Yamaha MT-15 2020 kini di Malaysia, RM11,988

3267

Yamaha MT-15 terbaharu telah dilancarkan semalam oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) untuk penawaran terkini model hyper naked di Malaysia.

Jentera ini dipacu enjin 155cc VVA sejukan cecair menghasilkan 19hp pada 10,000rpm dan 14.7Nm tork pada 8,500rpm, serta dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan.



Yamaha MT-15 2020 ini dilengkapi lampu depan LED dengan gaya agresif, serta lampu belakang LED menegak. Ia juga menampilkan tangki dengan rekaan rendah untuk memberi tunggangan selesa dan lincah.

MT-15 juga dilengkapi Master of Torque yang menggunakan fork terbalik, selain brek cakera depan dan belakang serta rim bersaiz 17-inci.

Harga untuk Yamaha MT-15 baharu ialah RM11,988 (tanpa insurans dan pendaftaran), dan hadir dengan dua warna menyerlah; Ice Fluo dan Yamaha Blue. Anda boleh mula melihat dengan lebih dekat di semua pengedar sah Yamaha hari ini.

Untuk setiap pembelian MT-15 juga, anda akan mendapat key-chain khas First Edition MT yang eksklusif. Ia dihasilkan oleh Royal Selangor iaitu pakar tukang kunci dengan rekaan yang sesuai dengan imej dan jiwa motosikal ini.

Selain itu, anda juga akan mendapat kunci keselamatan cakera brek untuk setiap pembelian.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here