Modenas Elegan 250 kini dengan ABS, hanya RM15k!

2996

Modenas dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah memperkenalkan varian Elegan 250 yang dipertingkat iaitu dengan ABS (anti-lock brake system).

Ia dijual pada harga RM15,315 menjadikannya skuter dengan nilai terbaik untuk wang anda dalam segmen ini. Walaupun rupanya tidak jauh berbeza dari Modenas Elegan 250 biasa, varian ABS tetap mendapat beberapa panambahbaikan.



Pertamanya dari segi enjin, ia kini diberikan penyejukan lebih baik untuk prestasi, perlindungan dan ketahanan lebih lama. Enjin 250cc SOHC silinder tunggal dengan suntikan bahan api ini menjana 22hp @ 7,000rpm dan 22.4Nm tork @ 6,500rpm.

Varian ABS juga menerima panel meter digital dengan pelbagai paparan seperti jarak perjalanan, jam digital, penunjuk voltan bateri, port USB, dan pengingat servis. Untuk pencahayaan, lampu depannya menggunakan unit LED dengan DRL, serta lampu belakang berbentuk X untuk jelas dilihat.

Dari segi keselamatan, seperti pada namanya, ciri utama ialah ABS yang mengelakkan tayar dari terkunci semasa situasi brek kecemasan. Ini pastinya meningkatkan keselamatan tunggangan dalam semua cuaca.

Ciri praktikal juga tidak dilupakan. Modenas Elegan 250 ABS dilengkapi ruang simpanan besar yang boleh memuatkan dua topi keledar. Tempat duduk juga ditinggikan sedikit untuk keselesaan penunggang dan pembonceng dalam perjalanan jauh.

Modenas Elegan 250 ABS ini mempunyai dua pilihan warna iaitu Satin Matte Red dan Satin Matte Black.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here