Toyo Proxes CR1 tawar tahap kesenyapan dan keselesaan, dari RM160

2019

Jika anda sedang mencari tayar baharu, anda mungkin boleh lihatkan pada model terkini Toyo iaitu Proxes CR1. Ia direka khas untuk empat manfaat berbeza; senyap, selamat, selesa dan bergred tinggi.

Toyo Proxes CR1 ini dilancarkan semalam serentak dengan CR1 SUV yang khas untuk model-model SUV masa kini.



Tayar ini menampilkan corak bunga Out-In Different Pitch dan ditambah lapisan perlindungan kebisingan yang memberikan tahap kesenyapan yang baik.

Untuk keselamatan, Proxes CR1 direka dengan corak saliran yang terdiri dari empat jalur lebar utama yang membantu pembuangan air dengan cepat dan berkesan.

Seterusnya, ciri triple taper and rib menjaga tahap kehausan bunga, manakala multi-wave sipe menghalang kadar kehausan tidak sekata pada sisi tayar. Jointless cap ply pula menambah baik prestasi pemanduan pada halaju tinggi.

Untuk keselesaan pula, Toyo memberikan CR1 dengan teknologi T-Mode dan Nano Balance untuk pemanduan lancar.

Dari segi gred, Proxes CR1 mampu mengurangkan sehingga 11 peratus kadar bunyi, dan 2 peratus pengurangan kesan aquaplaning, sekaligus meningkatkan prestasi di atas permukaan basah jika dibandingkan dengan model terdahulu, Nano Energy 3.

Tengku Djan Ley, pemandu drift profesional Malaysia berpeluang menguji sendiri tayar Proxes CR1 ini pada kereta Mercedes-Benz C230 beliau.

Berdasarkan maklum balas beliau, tayar CR1 ini menawarkan pemanduan yang selesa dan selamat untuk lebuhraya dan jalan biasa, selain mendapati kadar bunyi bising yang terhasil adalah minimum.

Tayar Proxes CR1 untuk kereta penumpang boleh didapati dalam 36 saiz bermula dari rim berdiameter 14 inci hingga 18 inci, manakala tayar Proxes CR1 SUV terdapat dalam sembilan saiz untuk rim berdiameter 17 hingga 19 inci.

Harga jualan untuk tayar kereta Proxes CR1 bermula dari RM160 hingga RM440, manakala tayar SUV Proxes CR1 pula bermula dari RM380 hingga RM580 bergantung kepada saiz tayar
yang dipilih.

Bersempena dengan pelancaran tayar baharu Proxes CR1, para pengguna yang membeli satu set tayar Proxes CR1 akan menerima hadiah percuma berupa payung edisi terhad Proxes CR1 sementara stok masih ada.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here