Kereta terhumban dalam air gara-gara pemandu syok menari TikTok

2735

Slogan pandu cermat, jiwa selamat cukup popular di kalangan setiap pemandu. Namun, masih ada segelintir individu yang tidak fokus dan gemar menggunakan telefon ketika memandu, dan perbuatan ini telah banyak kali mengakibatkan kemalangan.

Namun, kali ini, lain pula ceritanya apabila sebuah kereta dipercayai telah terhumban ke dalam air apabila pemandunya dipercayai sedang syok menari TikTok ketika memandu. Kejadian ini dikatakan berlaku di Indonesia.



Difahamkan, video itu telah dirakam oleh Mahasalexa melalui Instagram Story namun video kejadian itu mulai tular di Twitter apabila dikongsikan oleh akaun Twitter @sendagurah.

menari tiktok

Dalam video terbabit, dapat dilihat bahawa terdapat tiga orang di dalam kereta iaitu seorang pemandu dan dua orang penumpang. Gelagat mereka menari TikTok itu telah dirakam oleh penumpang di bahagian belakang.

Kedua-dua pemuda di depan pula dilihat sedang sakan menari namun di akhir video, kereta terbabit terhumban ke dalam kawasan berair.

Nasib kesemua mereka baik apabila terselamat dalam kejadian tersebut. Sebahagian besar daripada kereta tu dah dimasuki air dan hampir tenggelam. Video tersebut telah mendapat 398k tontonan dan 3.8k retweet ketika artikel ini ditulis.

Rata-rata warganet yang memberi komen berpendapat pemandu tersebut tidak sepatutnya menari ketika memandu, dan mereka bernasib baik kerana tidak melanggar sesiapa. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here