Ini 6 kesesakan lalu lintas paling teruk dalam sejarah

3739

Kebiasaannya setiap kali tiba musim perayaan, kita terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas yang teruk. Situasi ini sudah menjadi kebiasaan, setelah semakin ramai individu yang memiliki kenderaan.

gambar hiasan

Namun, pada tahun ini kita masih beraya secara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mungkin ada yang rindu situasi bersesak-sesak di lebuhraya utuk pulang ke kampung halaman. Jadi jom tengok enam kesesakan lalu lintas paling lama dan teruk dalam sejarah.



1. Brebes, Indonesia

Kesesakan lalu lintas yang berlaku di daerah Brebes, Indonesia ini difahamkan pernah berlangsung selama tiga hari. Kesesakan sejauh 21km ini juga dikatakan telah meragut 12 nyawa.

Aliran lalu lintas yang teruk ini berlaku pada bulan Julai tahun 2016 di sebuah lebuh raya utama di kepulauan Jawa. Punca kesesakan lalu lintas ini adalah akibat daripada orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. 

2. São Paulo, Brazil

Sebuah bandar yang pernah menjadi tuan rumah kepada beberapa perlawanan bola sepak Piala Dunia, Sao Paulo pernah mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk. Dianggarkan kesesakan yang berlalu pada tahun 2014 itu adalah sejauh 344km.

Kesesakan tersebut dikatakan berpunca daripada kumpulan penunjuk perasaan yang besar serta projek-projek binaan yang belum siap.

3. Moscow, Rusia

kesesakan lalu lintas teruk

Kesesakan lalu lintas di Moscow ini dikatakan berlangsung selama tiga hari dengan jarak kesesakan sejauh 200km. Kejadian yang berlaku pada tahun 2012 ini berpunca daripada ribut salji yang menenggelamkan jalan raya.

Dianggarkan seramai 10,000 pemandu terperangkap dalam kesesakan tersebut dan terpaksa bertahan hidup dengan pemanas haba dalam kereta. Ada juga pemandu yang keluar daripada kenderaan mereka dan mencari sumber haba di luar.

4. Beijing, China

kesesakan lalu lintas teruk

Ini mungkin kesesakan lalu lintas yang paling teruk dalam sejarah ketamadunan manusia. Berlaku pada bulan Ogos 2010, Lebuh Raya Beijing-Tibet merekodkan kesesakan lalu lintas sejauh 100km yang berlangsung selama 12 hari.

Kesesakan lalu lintas ini bukanlah disebabkan oleh sebarang bencana atau kumpulan penunjuk perasaan yang membanjiri jalan. Ianya disebabkan oleh terlalu banyak kenderaan yang berada di lebuh raya tersebut pada masa itu.

Jadi ramailah juga terpaksa tidur beberapa hari di atas jalan untuk mengharungi kesesakan lalu lintas yang paling gila ini. 

5. Jerman Timur – Jerman Barat

kesesakan lalu lintas teruk

Kesesakan lalu lintas ini dikatakan berlaku selepas tembok Berlin yang memisahkan Jerman barat dan timur diruntuhkan. Pada cuti sambutan Easter, penduduk dari kedua-dua kawasan telah merancang untuk menyambut perayaan itu bersama saudara mara yang sudah lama terpisah.

Jalan yang menghubungkan kedua-dua kawasan sebelum ini hanya boleh menampung 500,000 pengguna sehari. Tapi pada sambutan Easter tahun 1990 itu, sebanyak 1.8 juta pengguna membanjiri jalan raya tersebut. Kesesakan sejauh 48km itu tetap gagah diharungi mereka untuk menyeberangi tembok Berlin. 

6. Bethel, New York

kesesakan lalu lintas teruk

Kesesakan yang berlaku di kota New York ini berpunca daripada festival muzik Woodstock yang diadakan pada tahun 1969 di Bethel, New York. Antara pemuzik lagenda yang membuat persembahan ketika itu ialah Jimi Hendrix.

Sepatutnya jumlah jangkaan penonton dianggarkan sebanyak 50,000 sahaja. Namun, anggaran itu meleset setelah hampir sejuta penonton hadir dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas di New York selama tiga hari.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here