Penunggang motosikal baik hati tolong kutip paku bertaburan di jalan raya

1563

Kadang-kadang ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab cuba ‘mencari rezeki’ melalui kesusahan orang lain dengan membuat sabotaj supaya mangsa mencari mereka untuk mendapatkan pertolongan.

gambar hiasan

Baru-baru ini, tular satu rakaman dashcam menunjukkan seorang penunggang motosikal turun dari kenderaannya untuk kutip objek dipercayai paku yang ditabur oleh pihak tidak bertanggungjawab.

penunggang motosikal kutip paku



Selepas beberapa saat penunggang motosikal tersebut mengutip paku, datang seorang rider Grab turut serta membantunya. Menerusi video tersebut, dapat dilihat sejumlah besar paku telah ditabur pada laluan tersebut memenuhi bahagian kiri jalan.

Ramai pengguna media sosial memuji tindakan mereka berdua kerana telah membantu kenderaan orang lain daripada terkena paku.

Walaupun pertolongan mereka nampak kecil, tetapi ianya sangat besar maknanya buat pengguna-penguna jalan raya yang lain.

Mungkin lebih ramai pengguna jalan raya menghadapi masalah tayar pancit jika tiada siapa yang prihatin dengan kehadiran paku di jalan tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here