Kesan pandemik, 200 teksi terbiar dijadikan kebun mini di Thailand

1939

Kira kira 200 buah teksi terbiar di parkir Koperasi Teksi Ratchapruek Bang Waek Road Bangkok, Thailand dijadikan tapak kebun sayur mini.

 



Ratusan teksi tersebut terbiar sejak setahun lalu oleh pemandu kerana masalah kewangan susulan pendapatan merosot teruk akibat ketiadaan penumpang sejak pandemik.

Oleh itu, mereka tidak mampu membayar sewa sehingga ramai yang meninggalkan kenderaan masing-masing kepada koperasi dan pulang ke kampung halaman.

“Pekerja saya berasa tertekan, kami semua juga tertekan di pejabat. Jadi, kami mendapat idea untuk menanam apa saja jenis sayur-sayuran,” kata Thapakorn Asawalertkul.

Dilaporkan, sayur-sayuran seperti daun bawang, terung dan cili tumbuh subur pada batas diperbuat daripada buluh yang diletakkan atas bumbung dan bonet teksi.

Penasihat Koperasi Teksi Ratchapruek dan Baworn, Thapakorn yang memiliki kira-kira 8,000 teksi berkata dua koperasi tersebut kini menanggung bebanan hutang Baht 3 bilion (RM376 juta) daripada lebih 2,900 kontrak yang tidak dipenuhi.

Beberapa pekerja syarikat itu kini menguruskan kebun sayur berkenaan dengan menyiram tanaman, menggembur tanah dan menuai hasil yang mana sedikit sebanyak membantu pemandu teksi memperoleh pendapatan.

“Terlalu banyak kenderaan di sini dan kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Maka, kami menanam sayur untuk dijual dan dimakan. Apa yang tersisa akan dikongsi bersama ahli dan pemandu,” kata Kanlaya Kongnimit yang sudah berkhidmat dengan koperasi itu selama 15 tahun.

BACA>>Majlis kahwin pandu lalu, tetamu lihat pengantin dari dalam kereta

BACA>>Ustaz Ebit Lew kini tampil bantu pemandu teksi di KLIA

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here