Utama Berita Automotif MOT teliti wajibkan pemandu ada rekod kesalahan ikuti pemanduan defensif

MOT teliti wajibkan pemandu ada rekod kesalahan ikuti pemanduan defensif

15

Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang meneliti untuk mewajibkan pemandu khususnya yang mempunyai rekod kesalahan atau lesen digantung untuk mengikuti kursus pemanduan defensif.

Menterinya,  Anthony Loke berkata kementerian meneliti penambahbaikan kurikulum sedia ada dengan tumpuan terhadap aspek kemahiran sebenar serta teknik mengelak kemalangan berbanding hanya fokus untuk lulus ujian lesen semata-mata.

“Ini satu pendekatan baharu yang kita nak bawa supaya nak wajibkan ataupun nak menggalakkan mereka (pemandu) yang ada kes-kes lesen digantung dan sebagainya.

“Kita nak mereka untuk balik kepada kursus pemanduan defensif ataupun mengambil kursus bagaimana memandu dengan lebih berhemah dan mengelak daripada kemalangan,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai cadangan semakan semula kurikulum latihan ujian lesen motosikal pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here