Utama Berita Automotif Skoda Fabia Motorsport Edition tapi prestasi sederhana saja

Skoda Fabia Motorsport Edition tapi prestasi sederhana saja

3

Skoda meraikan ulang tahun ke-125 penglibatan dalam dunia perlumbaan dengan memperkenalkan Fabia edisi Motorsport Edition. 

Fabia Motorsport Edition dibina berasaskan Fabia 130 dengan penampilan yang diinspirasikan daripada jentera rali Fabia RS Rally2

Dari segi luaran, ia mendapat warna Moon White/bumbung hitam, aksen hitam dengan pelekat khas, tulisan Skoda pada bampar hadapan dan logo “125” pada tiang belakang. 

Terdapat juga jalur gaya rali dan tulisan kecil “Skoda Motorsport 125 Years”, diikuti lampu LED, rim gelap 18 inci dan suspensi sporti 15 mm lebih rendah. 

Ruang kabin mendapat kelengkapan seperti tempat duduk sport, kemasan ala gentian karbon, plak bernombor individu pada papan pemuka, stereng sport dan karpet khas. 

Fabia Motorsport Edition ini dilengkapi dengan enjin 1.5 TSI berkuasa 174 hp dan 250 Nm yang dipadankan dengan transmisi DSG 7-kelajuan. 

Kotak gear tersebut diberikan talaan yang lebih agresif dengan titik penukaran gear yang lebih tinggi, rev-match ketika downshift dalam mod Sport, serta sistem logik brek yang diperbaharui untuk pecutan semula lebih pantas. 

Disebabkan itu, pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 7.4 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 228 km/j. 

Hanya 125 unit sahaja Fabia Motorsport Edition yang akan diproduksikan, dengan harga jualan 699,900 Kč (RM133 ribu) di Republik Czech. 

Setiap pembelian akan didatangkan dengan kotak hadiah eksklusif yang mengandungi sarung tangan pemanduan, sekeping komponen asal daripada Fabia Rally2, kotak simpanan dengan logo 125 dan sijil pemilikan yang ditandatangani oleh ahli Lembaga Pengurusan Skoda

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here