Utama Berita Automotif BYD Seagull (2026) dapat teknologi LiDAR, harga cuma RM53k sahaja!

BYD Seagull (2026) dapat teknologi LiDAR, harga cuma RM53k sahaja!

3

Bayangkan, sebuah kereta saiz macam Perodua Axia/Myvi tapi dapat teknologi LiDAR yang cukup canggih dan hanya wujud pada kereta-kereta premium. 

Malah ada kereta premium buatan Eropah yang tidak lagi ditawarkan dengan ciri tersebut kerana kos yang terlalu tinggi. 

BYD Seagull (2026) kini dikemas kini untuk pasaran China, membawakan ciri baharu seperti rim 16 inci Starlight, lampu belakang LED baharu dan dua warna baharu iaitu Mango Orange dan Mint Green. 

Perubahan yang paling besar ialah penawaran sistem bantuan pemandu DiPilot 300 yang menggabungkan radar, kamera dan LiDAR. 

Berbanding sistem radar sedia ada, LiDAR terkenal sebagai penderia yang paling tepat untuk sistem ADAS dengan pengesanan objek tanpa pencahayaan, pengukuran jarak yang lebih tepat dan lebih terperinci. 

Disebabkan kosnya yang agak tinggi, jenama premium seperti BMW dan Mercedes menggugurkan fungsi tersebut pada model-model terbaharu. 

Sistem DiPilot 300 pada model Seagull diklasifikasikan sebagai sistem ADAS Tahap 2, namun BYD menyatakan hasrat untuk memperkenalkan sistem Tahap 3 pada beberapa model akan datang. 

Jadi, tidak mustahil model sekecil Seagull akan turut dilengkapi dengan teknologi yang sama. 

BYD Seagull dipacu motor elektrik berkuasa 74 hp yang dipadankan dengan dua pilihan pek bateri. 

Varian 30.1 kWh menawarkan jarak pandu sejauh 305 km sementara varian 38.9 kWh pula membolehkan EV ini dipandu sejauh 405 km. 

Di pasaran China, BYD Seagull (2026) dijual pada harga dari 69,900 yuan (RM40,469), sementara varian yang dilengkapi DiPilot 300 pula bermula dari 90,900 yuan (RM53 ribu). 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here