BYD Seagull capai 1 juta jualan dalam masa 25 bulan

20

Menurut pendaftaran insurans yang dipantau oleh China EV DataTracker, BYD Seagull mencapai jualan kumulatif 1 juta pada minggu pertama bulan Jun melibatkan pasaran domestik dan luar negara.

Hatchback elektrik itu dilancarkan pada April 2023 dan mula dihantar pada bulan Mei yang mana ia mencapai kejayaan 1 juta unit dalam tempoh 25 bulan.

Di China, Seagull ( Dolphin Mini) menyumbang hampir 13 peratus daripada jualan jenama BYD.

Menurut data laporan BYD kepada Bursa Saham Shenzhen, syarikat menjual 60,131 unit Seagull pada bulan lalu menjadikan jualan kumulatifnya sebanyak 992,637 unit. 

BYD secara rasmi mengumumkan jualan Seagull menghampiri 1 juta unit ketika pelancaran BYD Seal 06 EV pada 6 Jun di Chengdu (kemungkinan merujuk kepada jualan kumulatif sehingga akhir bulan Mei). 

Semasa pelancarannya pada 2023, harga jualan Seagull bermula pada CNY 73,800 (RM43,542). Dua tahun kemudian, EV itu dijual pada harga CNY 63,800 (RM37,642), menunjukkan sengitnya persaingan harga EV di China, walaupun dalam segmen peringkat permulaan.

BYD Seagull menawarkan jarak perbatuan sehingga 405km (CLTC) berkat penggunaan bateri blade LFP 38.9kWh dan motor 55kW. Ia dilengkapi dengan cip Nvidia Drive Orin N dan ADAS asas. 

BYD menjual 144,204 unit Seagull di China pada Januari hingga Mei 2025, meningkat 8.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Ini menjadikannya kereta ketiga terlaris di China, di belakang Wuling Hongguang Mini EV di tempat kedua dengan 144,953 unit dan Geely Xingyuan (164,049 unit).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here