Majlis kahwin pandu lalu, tetamu lihat pengantin dari dalam kereta

1860

Sejak pandemik banyak aktiviti sosial terbatas, misalnya acara perkahwinan yang tidak lagi boleh melibatkan ramai orang dan perlu disesuaikan dengan fasa peralihan kepada endemik. 

Kerajaan sudah memberikan banyak kelonggaran termasuk majlis kenduri kahwin dengan syarat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.



Bagaimanapun, berbeza pula dengan kisah pengantin ini yang menjadi tular apabila menggunakan konsep pandu lalu yang mana tetamu hanya perlu memandu melalui pelamin pengantin. 

@fatin_halim

Kenduri Drive Thru.

♬ Selamat Pengantin Baru – Zaleha Hamid

 

Video yang dimuat naik di TikTok tersebut menjadi tular kerana menggunakan pendekatan yang unik dan sesuai dengan situasi pandemik sekarang yang memerlukan rakyat mengekalkan penjarakan fizikal.

Tetamu akan melihat pengantin bersanding dari dalam kenderaan mereka yang kemudian akan menerima bungkusan makanan dan doorgift  sebelum pulang. 

Namun tetamu yang dijemput hadir perlu mematuhi syarat yang ditetapkan pengantin seperti tidak bergejala Covid-19 dan difahamkan tempoh lawatan setiap tetamu juga selesai dalam masa lima minit.

Manakala adat salam-kaut juga digantikan dengan tabung yang disediakan pada laluan pandu lalu. 

Rata-rata netizen meninggalkan pelbagai komen pada video tersebut yang memuji konsep idea yang digunakan untuk majlis kenduri kahwin itu dan pada masa yang sama dapat menjaga keselamatan orang lain kerana kita masih belum bebas daripada Covid-19. 

BACA>>Patuhi had tetamu di England, pengantin ini anjurkan majlis perkahwinan

BACA>>Ini jawab KKM tentang isu viral pengantin guna ambulans, tak halang tetapi bangga!

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here