Ini jawab KKM tentang isu viral pengantin guna ambulans, tak halang tetapi bangga!

2558

Terdapat satu video yang menjadi tular di media sosial dengan tuduhan penyalahgunaan ambulans untuk satu majlis perkahwinan.

Dalam majlis itu, dua ambulans digunakan untuk membawa pengantin lelaki dan perempuan ke dewan majlis. Ia merupakan gimik majlis dan telah berlangsung di Kuantan.

Pihak KKM mendapati bahawa kedua-dua ambulans yang digunakan adalah ambulans swasta dan majlis tersebut adalah majlis peribadi, bukan majlis rasmi KKM. Pihak pengantin telah menyewa ambulans terbabit.



Pengantin lelaki adalah seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang baru selesai program penempatan wajib dan dalam ‘gimik’ tersebut pengantin tiba dalam ambulans yang disewa. Pengantin lelaki bertindak sebagai PPP yang membawa pengantin perempuan dari dalam ambulans dan kemudiannya menuju ke arah pentas persandingan.

PPP berkenaan berhasrat untuk mengabdikan kenangan bagi perkahwinan beliau dengan menggunakan ambulans dan pakaian bertugas beliau.

Hakikatnya, petugas-petugas ini bangga dalam tugas mereka dan menggunakan majlis perkahwinan untuk mempamerkan perasaan ini dalam majlis bersejarah mereka.

Pihak KKM berharap masyarakat terutamanya dalam media sosial tidak tersalah membuat anggapan kerana ambulans yang digunakan adalah bukan ambulans KKM dan disewa dari pihak swasta.

Majlis perkahwinan adalah majlis persendirian petugas PPP tersebut dan berlangsung dengan cuti yang diluluskan.

Pihak kami mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan pengantin baru tersebut dan berharap pihak masyarakat dan media sosial mendapat gambaran yang jelas akan fakta sebenar tentang perkara ini .

Sumber : Facebook Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here