Lamborghini penuhi impian seorang kanak-kanak

1641

Pada awal tahun ini, seorang bapa dan anak dari Erie, Colorado di Amerika Syarikat (AS) telah membuat projek untuk membina replika Lamborghini Aventador SV yang sebenar menggunakan cetakan 3D. Usaha mereka ini telah viral di internet dan membuatkan Lamborghini penuhi impian kanak-kanak itu.

Lamborghini penuhi impian

Selama hampir dua tahun, Sterling Backus dan anak lelakinya yang berusia 12 tahun, Xander membina sebuah kereta sport yang serupa dengan Aventador SV di garaj mereka.



Replika Lambo mereka bukan sahaja kelihatan sangat mirip dengan jentera asal, tetapi juga boleh dipandu. Ini kerana ia dilengkapi dengan enjin GM LS1 5.7 liter dari Chevrolet Corvette 2003 yang dilengkapi dengan sepasang turbocharger untuk kuasa tambahan.

Lamborghini penuhi impian

Kecintaan keluarga Backus terhadap Lamborghini menarik perhatian jenama yang berpangkalan di Sant’Agata Bolognese, Itali itu. Lamborghini mengejutkan mereka dengan memberi hadiah kepada Sterling dan Xander kerana telah membina replika Aventador yang luar biasa itu.

Bapa dan anak lelakinya itu menjadi bintang video Natal 2019 Lamborghini yang menceritakan bagaimana syarikat Itali itu menghubungi Sterling Backus dan menawarkan tawaran yang tidak dapat ditolak.

Lamborghini penuhi impian

Untuk mengejutkan anaknya, pasukan dari Lamborghini penuhi impian kanak-kanak itu dengan tiba di tengah malam dan menggantikan replika Aventador SV dengan Aventador S Roadster asli dalam garaj keluarga, hanya beberapa hari sebelum Krismas.

Lamborghini meninggalkan Aventador S Roadster hitam mereka untuk dinikmati selama dua minggu sebagai cara untuk menunjukkan penghargaan atas semangat mereka.

Sebagai tambahan kepada video rasmi Lambo, anda juga boleh menonton kemas kini vlog dari Sterling Backus yang bercakap tentang bagaimana semuanya berlaku dan menawarkan beberapa maklumat tentang kerja yang diperlukan untuk melengkapkan replika Aventador.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here