KIA Seltos Elektrik akan diperkenalkan untuk pasaran asia pada tahun 2020

1175

KIA Seltos hampir pasti akan hadir untuk pasaran Asia pada tahun depan. Tetapi sebagai tambahan kepada versi biasa, terdapat berita baik bahawa pengeluar kereta dari Korea Selatan itu juga dilaporkan akan menyediakan KIA Seltos elektrik yang sedia diperkenalkan menjelang pertengahan tahun 2020.

Varian elektrik KIA Seltos adalah langkah susulan selepas Hyundai Kona Electric pertama kali diperkenalkan kepada orang ramai pada tahun ini. Berita baik, crossover elektrik ini akan tersedia untuk pasaran Asia.



Sumber Kuasa

Jentera ini akan menggunakan sumber kuasa yang sama seperti yang digunakan oleh Hyundai Kona elektrik yaitu sumber e-Soul atau Niro EV, sebuah motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa 136hp dan 395Nm tork. KIA juga akan menawarkan dua pilihan bateri lithium ion, iaitu dengan output 39.2kWh yang mampu memberikan keupayaan bergerak sejauh 312 kilometer.

KIA Seltos elektrik

Pilihan kedua adalah bateri lithium ion dengan output 64kWh yang menjadikan KIA Seltos mampu berjalan sejauh 482 kilometer. Pilihan bateri ini juga dikhabarkan akan disertakan dengan generasi baru motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 204hp.

KIA Seltos elektrik

KIA Seltos sendiri secara rasmi sudah hadir di beberapa negara Asia, seperti India dan Filipina. Untuk pasaran di India, Kia Seltos hadir dengan lapan varian yang dibahagikan kepada dua trim yaitu, Tech Line dan GT Line.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here