Hyundai RM19 ialah jentera lumba hatchback berenjin tengah

987

Hyundai Motor Company baru-baru ini mempertontonkan sebuah prototaip perlumbaan yang dinamakan RM19 Racing Midship Sports Car. Pengenalan itu dibuat di AutoMobility LA 2019.

RM pada namanya merujuk kepada konfigurasi badan “Racing Midship”, satu ciri yang memberikannya keseimbangan pengendalian dan kelincahan seperti sebuah supercar.

Projek RM ini dimulakan pada 2012, untuk membangunkan teknologi perlumbaan berprestasi tinggi kepada model-model N akan datang.

Semenjak pengenalan itu dengan evolusi model RM14, RM15 dan RM16, prototaip ini terus menjalani pembangunan untuk menguji teknologi baharu dan melihat perubahannya kepada prestasi.

Jom Baca:   Hyundai dan Kia perkenalkan kotak gear automatik dengan teknlogi penukaran gear ramalan

Jentera RM19 ini dipacu oleh enjin 2.0-liter turbo yang dikongsi dengan hot hatch i30 N yang dilancarkan baru-baru ini.

Enjin itu menghasilkan kira-kira 390hp dan mampu memberikan RM19 pecutan 0-100 bawah 4 saat. Tetapi enjin itulah satu-satunya komponen yang dikongsi dengan i30 N.

Komponen lain seperti adalah khas untuk perlumbaan dan ia memberikan RM19 prestasi, keseimbangan, brek dan cengkaman seperti sebuah supercar.

RM19 juga dilengkapi dengan powertrain elektrik yang membolehkannya mempunyai setup HEV, PHEV, BEV dan FCEV.

N pada nama Hyundai N mewakili Namyang, ibupejabat kepada pusat R&D Hyundai Motor global di Korea sejak 1995. Ia juga mewakili Nürburgring yang menempatkan fasiliti ujian Hyundai Motor Eropah.

Jom Baca:   Hyundai dan Kia bakal keluarkan kereta dengan bumbung solar bermula 2019

Teknologi prestasi tinggi Hyundai N dilahiran di litar ikonik Nürburgring Nordschleife dimana setiap jentera Hyundai Motor akan melalui ujian ketahanan. Model-model ini akan diuji antara 420 hingga 480 pusingan dalam keadaan kering dan basah, bersamaan 100,000 batu pemanduan dalam tempoh hanya 4 minggu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here