Onexox TKKR SAG Team dapat tajaan empat jentera BMW

3577

Menerusi laman sosial Onexox TKKR SAG Team, pasukan itu dikatakan menerima empat jentera BMW 2019 baharu untuk musim perlumbaan pada tahun hadapan.

Pada masa sama, mereka juga bakal menerima barang gantian bernilai Euro 25,000 (RM116,000), selain perbelanjaan Peter dan Marcus Reiterberger yang ditanggung oleh BMW Motorrad.

Nampaknya, usaha pasukan tempatan ini dalam menyinari dunia sukan permotoran pada peringkat global membuahkan hasil untuk mara lebih baik pada musim hadapan.



Sebelum ini, mereka membelanja sendiri untuk membeli BMW S1000RR dengan harga Euro 95,000 (RM439,615) tidak termasuk barangan gantian bagi perlumbaan 14 pusingan.

Dalam pakej itu, enjin berkenaan dipasang di BMW Motorad dan segala aksesori dipasangkan oleh Alpha Racing.

Pada masa sama, mereka menggunakan khidmat Peter Shouten sebagai jurutera data dan jentera berkenaan diselenggara oleh krew TKKR yang diketuai Raja Zaini, Najib HKM, Hafiz dan ramai lagi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here