Ferrari F2002 Michael Schumacher dijual pada RM27j

2021

Ferrari F2002 yang dipandu oleh Michael Schumacher, yang membawa kepada banyak kemenangannya dalam perlumbaan musim Formula 1 2002 telah dijual.

Jentera itu dijual dengan harga US$6,643,750 (RM27,724,368) pada sesi lelongan yang telah diadakan di Abu Dhabi.



Ferrari F2002, bernombor casis no. 219, dipandu oleh Schumacher untuk kemenangan di Grands Prix Perancis, Austria, dan San Marino pada musim 2002, dan di Grand Prix Perancis dengan merangkul Kejohanan Dunia Formula 1 kelimanya.

Nombor casis 219 pada asalnya bukan dipandu oleh Schumacher tetapi dipandu oleh rakan sepasukannya, Rubens Barrichello semasa ujian pra-musim di Circuit de Barcelona-Catalunya di Sepanyol. Ia membuat kemunculan perlumbaannya di Grand Prix San Marino pada pertengahan April.

Semasa pusingan kelayakan, jentera bernombor casis 219 dipandu oleh Barrichello yang menamatkan perlumbaan sesi kelayakan ditempat kedua. Manakala Schumacher muncul di tempat pertama bersama jentera bernombor casis 220. Menariknya, Ferrari telah menukar kedua jentera tersebut pada perlumbaan sebenar. Dimana Schumacher memandu jentera bernombor casis 219 untuk untuk muncul juara.

Setelah Schumacher bersara pada hujung musim, Ferrari telah menjual kereta tersebut kepada pengumpul dari Jepun yang juga membeli jentera bernombor casis 220. Kereta itu kemudiannya dijual pada tahun 2012 dengan semua hasil yang diperoleh akan diberikan untuk kegiatan amal sebelum disenaraikan untuk lelongan oleh RM Sotheby beberapa bulan lalu sebagai persediaan untuk lelongan Abu Dhabi.

Selepas lelongan, enjin dan transmisi akan di-rebuild oleh Ferrari dengan kos yang ditanggung oleh penjual. Apabila semua kerja selesai, F2002 akan diserahkan kepada pemilik baru di Fiorano.

Lelongan RM Sotheby di Abu Dhabi dirasmikan oleh sebuah Pagani Zonda Aether. Ianya dijual dengan harga yang mengejutkan iaitu US$6.8 million (RM28,376,400).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here