Program Subsidi Petrol: Kaedah pengagihan adil, terbaik

1351

Menghitung hari melangkah ke tahun 2020, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersedia dengan pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP).

Mengenai pemilihan penerima, Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Muez Abd Aziz berkata PSP bagi kumpulan B40 menggunakan data asas daripada Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi mengenal pasti kumpulan berpendapatan rendah. Seterusnya dipadankan dengan data pemilikan kenderaan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).



Menurutnya, melalui penggubalan dasar berpandukan data, kementerian berjaya mengenal pasti 2,862,472 individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan Program Subsidi Petrol.

Sehingga tarikh tutup tempoh rayuan pada 30 November lalu, sebanyak 346,491 penerima yang layak telah mengemas kini maklumat mereka, katanya.

Program Subsidi Petrol

Kementerian telah menerima sebanyak 480,317 permohonan rayuan. Semakan berhubung status rayuan itu boleh dibuat pada awal tahun hadapan sebelum pembayaran pertama dilakukan pada April 2020.

Beliau berkata kementeriannya menjangkakan terdapat segelintir golongan berpendapatan rendah daripada B40 yang mungkin tercicir daripada senarai penerima PSP disebabkan mereka tiada dalam senarai BSH.

Berapakah jumlah subsidi yang akan diterima penerima?

Penerima PSP akan menerima bantuan subsidi sebanyak RM30 sebulan bagi pemilik kereta. Manakala bagi pemilik motosikal pula adalah RM12, terhad kepada salah satu kadar yang lebih tinggi.

Bagaimana bayaran akan dibuat?

Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima PSP empat bulan sekali. Ia menjadikan jumlah bantuan tunai yang diterima adalah sebanyak RM120 bagi pemilik kereta dan RM48 bagi pemilik motosikal bagi setiap kali bayaran.

Apakah kriteria penerima PSP?

Penerima PSP adalah penerima BSH yang beralamat di Semenanjung Malaysia dan mempunyai kenderaan yang berdaftar serta lesen kenderaan motor yang masih sah.

Kapasiti enjin yang ditetapkan pula ialah 1,600cc ke bawah bagi kereta dan 150cc bagi motosikal. Bagi penerima PSP yang memiliki kereta berusia lebih 10 tahun atau motosikal berusia lebih tujuh tahun tetapi kapasiti enjin melebihi kriteria yang ditetapkan, masih layak untuk menerima PSP.

Berhubung perluasan PSP kepada golongan M40, Muez berkata KPDNHEP mengadakan libat urus bersama agensi kerajaan. Ianya seperti Kementerian Kewangan, JPJ, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Perangkaan. Ini adalah untuk mengenal pasti dan memperincikan kriteria dan keperluan bagi melaksanakannya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here