Pemandu Mitsubishi Triton lawan arus didakwa bunuh dua remaja

2158

Pemandu Mitsubishi Triton yang memandu secara melawan arus sehingga menyebabkan dua remaja terkorban di Kilometer 8.6 Lebuh Raya Persekutuan, lebih seminggu lalu didakwa membunuh di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor. 

K Devaaswin, 24, yang memakai baju T berlengan panjang warna hitam dilihat menundukkan kepala dan mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca di depan Majistret Nur Faizah Abdul Sani.



Bagaimanapun tiada pengakuan direkod daripada tertuduh selepas dua pertuduhan dibaca secara berasingan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Difahamkan suspek mempunyai 20 rekod saman lampau sebelum ini termasuk memandu laju dan melanggar lampu isyarat.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan dua remaja iaitu, Nur Afiqah Abdul Karim, 18, dan Muhammad Hafiz Syami Dzul Asri, 19, maut selepas kereta jenis Proton Wira Aeroback bertembung dengan Mitsubishi Triton di Kilometer 8.6 Lebuh Raya Persekutuan, Ahad lalu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here