Toyota Altis dan Perodua Bezza tak nak beralah masuk lorong tol, ulasan abang lori bikin ketawa

2718

Pelbagai ragam pengguna jalan raya tempatan yang boleh kita temui. Jika tidak sabar atau enggan beralah bakal terjadi seperti dalam video yang tular baru-baru ini. 

Mungkin bagi segelintir pengguna mereka tidak boleh berkompromi dengan pemandu yang memotong barisan lalu menghimpit kenderaan di sisi. Tiada isu sekiranya berlapang dada dan beri laluan kerana tiada sapa menang atau kalah dalam situasi berkenaan.



Cuma pemandu yang sedar akan kesilapan seharusnya mengangkat tangan sebagai tanda terima kasih dan timbang rasa. Video antara Toyota Corolla Altis dan Perodua Bezza saling bersaing memasuki lorong tol itu mencuit hati pemandu lori di belakang. 

Bagaimanapun bukanlah aksi kedua-dua kereta terlibat menarik perhatian netizen namun ulasan dan ketawa abang lori itu membuatkan mereka geli hati.

Menerusi video 1 minit 23 saat itu boleh terdengar ulasan pemandu lori berkenaan.

“Yaa, mari kita lihat siapa yang menang,” ujar pemandu lori sambil ketawa sakan.

“Bala, bior kita tengok siapa yang tekan brek, satu keje plak ada yang kena batu ni kita tengok.”

Orang ramai meninggalkan pelbagai komen di ruangan komen video tersebut, rata-rata meluahkan rasa terhibur dengan ulasan kejadian oleh pemandu lori tersebut.

Akhirnya, Perodua Bezza tersebut terpaksa mengalah dan membrek bagi mengelak daripada melanggar pembahagi batu lorong tol dan melepaskan Corolla Altis tersebut.

Namun mungkin geram dengan apa yang berlaku pemandu berkenaan membunyikan hon yang panjang. 

BACA>>Elak bayar tol, Lamborghini Aventador menyusup bawah palang?

BACA>>Degil lalu lorong kereta di plaza tol padahal lorong motor sebelah saja

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here