Elak bayar tol, Lamborghini Aventador ‘menyusup’ bawah palang?

4632

Satu klip video yang tular di media sosial mencetus pertikaian pelbagai pihak apabila sebuah supercar Lamborghini Aventador menyusup masuk di bawah palang lorong tol SmartTAG.

Video berdurasi tujuh saat itu dikongsi oleh Bragkash Selvaraju di akaun Facebook miliknya bagaimanapun tidak diketahui lokasi kejadian. 



Ada yang membuat spekulasi pemandu Lamborghini tersebut cuba mengelak daripada membayar tol kerana baki kad yang tidak mencukupi jika melihat pada lampu di lorong tersebut yang tidak bertukar hijau.

Ada juga yang menjelaskan duit pada SmartTAG tetap ditolak dan palang tol tidak terangkat kerana sensor palang tidak dapat mengesan ketinggian kereta yang rendah. 

Susulan daripada perkongsian video itu, orang ramai meninggalkan perbagai komen dan masih menjadi tanda tanya adakah SmartTAG pada kereta Lamborghini itu ditolak atau sebaliknya.

“Kereta mahal boleh beli, tapi tol tak nak bayar, malulah sikit, saya bawa Perodua Kancil pun bayar tol lah.

“SmartTag duit dah tolak, sensor tak dapat detect kereta sebab rendah, dah banyak kali aku nampak.

BACA>>Degil lalu lorong kereta di plaza tol padahal lorong motor sebelah saja

BACA>>[Video] Geram Honda City nak elak bayar tol, ini yang dilakukan pemandu tersebut

VIDEO

BACA>>Degil lalu lorong kereta di plaza tol padahal lorong motor sebelah saja

BACA>>[Video] Geram Honda City ‘cucuk’ nak elak bayar tol, ini yang dilakukan pemandu tersebut…

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqara

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here