Utama Berita Automotif Janji hadiah Lamborghini, rupanya kahwin wanita menyamar lelaki

Janji hadiah Lamborghini, rupanya kahwin wanita menyamar lelaki

20
Gambar hiasan

Seorang wanita di Kota Malang, Jawa Timur, Indonesia menjadi mangsa dakwaan penipuan identiti selepas melangsungkan perkahwinan dengan pasangan yang rupanya sesama jantina tetapi menyamar sebagai lelaki.

Mangsa mengaku sempat dijanjikan hadiah berupa rumah dan kereta mewah, sebelum akhirnya mengetahui identiti sebenar pasangannya.

Pengadu, Intan Anggraeni, 28 berkata dirinya telah berkahwin secara siri (perkahwinan tidak berdaftar secara rasmi) dengan individu yang dikenali sebagai “Rey” pada 3 April lalu.

“Dijanjikan kereta Lamborghini dan rumah, katanya sudah dibayar dan akan dihantar pada tarikh perkahwinan,” kata Intan. 

Mangsa membuat laporan polis

Bukan sekadar hadiah perkahwinan, sepanjang menjalin hubungan, pengadu juga kerap dijanjikan pelbagai barangan mewah bahkan diminta membuat pasport dengan alasan akan dibawa ke luar negara.

“Sebelum berkahwin saya disuruh buat pasport. Katanya mahu diajak ke luar negara,” ujar Intan.

Menurut wakil keluarga mangsa, Eko NS menambah sejak awal terdapat beberapa kejanggalan terhadap Rey termasuklah perkahwinan dilangsungkan secara ringkas dan mendadak.

“Alasannya waktu itu kerana ada ahli keluarga yang meninggal dunia, jadi perkahwinan dilakukan secara siri. Tetapi setelah kami selidiki, ternyata tidak ada sesiapa yang meninggal dunia,” ujar Eko.

Kecurigaan keluarga semakin kuat selepas fakta mengejutkan terungkap pada malam pertama. Mangsa mendapati bahawa pasangan yang dikahwininya bukan seorang lelaki.

“Waktu malam pertama, terlapor menggunakan alat seperti alat kelamin buatan. Di situ rahsianya terus terbongkar, mangsa kemudian lari kepada ibu bapa dan menangis,” kata Eko.

Mengetahui perkara tersebut, keluarga mangsa terus menghalau Rey dari rumah. Keputusan itu juga didorong oleh adanya dakwaan ancaman yang sempat diterima mangsa.

“Terus dihalau oleh keluarga mangsa kerana ada ancaman. Dia berkata jika mangsa lapor kepada polis, dia juga akan lapor kepada polis,” ujar Eko.

Mangsa sudahpun membuat laporan polis dan kes masih dalam siasatan. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here