[Video] Geram Honda City ‘cucuk’ nak elak bayar tol, ini yang dilakukan pemandu tersebut…

3152

Kejadian pemandu tidak bertanggungjawab yang sengaja mengikut rapat kenderaan di depan bagi mengelak membayar tol beberapa kali dipaparkan di media sosial. 

Terbaru, tular sebuah video menunjukkan pemandu Honda City yang cuba mengekori rapat kenderaan depan sebaik tiba di pondok tol di lebuh raya tempatan. Bagaimanapun lokasi kejadian tidak diketahui. 



Namun taktik pemilik Honda City itu gagal selepas pemandu berkenaan memperlahankan kenderaan sebaik melepasi bahagian palang. Situasi itu memaksa Honda City berkenaan mengundurkan semula kenderaannya.

Malah kedengaran gelak kecil pemandu tersebut yang berpuas hati berjaya menggagalkan percubaan Honda City itu. Hantaran tersebut mendapat ratusan komen dan sehingga kini video yang dimuat naik Zulfadhli Sabri meraih lebih 5000 perkongsian.

Bagaimanapun tindakan memuat naik video berkenaan hanya ingin memberi pengajaran kepada pemandu lain agar tidak mengulangi perbuatan tidak bertanggungjawab sedemikian kerana berbahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Bayar sajalah tol…jika anda ingin jimat guna laluan tidak melibatkan jalan tol. Jika baki kad anda tidak mencukupi singgah dahulu stesen minyak untuk tambah nilai. Perkara mudah kenapa perlu dirumitkan…

VIDEO:

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here