Rossi kongsi berita bakal jadi bapa

1572

Juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi mengesahkan di akaun media sosialnya, bakal menimang cahaya mata perempuan bersama teman wanitanya Francesca Sofia Novello,26.

Pelumba berusia 42 tahun itu berkongsi khabar gembira menerusi hantaran foto dia yang memakai pakaian perubatan putih dan memegang stetoskop yang diletakkan di bahagian perut teman wanitanya. 



“Selepas beberapa temujanji dan pemeriksaan kini kami boleh sahkan Franci mengandung!, kami bakal dapat bayi perempuan,” katanya. 

Rossi mengumumkan pada awal Ogos lalu untuk bersara pada penghujung musim ini selepas 26 tahun terlibat dalam karier perlumbaan motosikal.

Sebelumnya ketika ditanya tentang perancangan selepas pencen dia pernah meluahkan ingin menjadi seorang bapa dan sekarang adalah waktu yang tepat. Rossi sudah empat tahun berpacaran dengan model dan instafamous tersebut. 

 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Valentino Rossi (@valeyellow46)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here