Utama Berita Automotif Angkut barang binaan, Honda City warga Bangladesh disita

Angkut barang binaan, Honda City warga Bangladesh disita

12

Cubaan seorang lelaki warga Bangladesh meloloskan diri daripada pemeriksaan penguatkuasa membongkar kepada kesalahan penggunaan Honda City bagi aktiviti pembinaan dalam Ops Pemandu Warga Asing (Pewa) di KM1, Jalan Kampung Siam–Kulim, Kedah pada Ahad.

Hasil pemeriksaan mendapati Honda City tersebut merupakan kenderaan persendirian dan digunakan bagi menjalankan aktiviti pembinaan, yang tidak selaras dengan tujuan penggunaannya seperti didaftarkan.

“Pemandu berkenaan juga didapati menggunakan telefon bimbit ketika memandu selain melakukan kesalahan salah guna Lesen Kenderaan Motor (LKM).
 
“Susulan itu, pemandu dikenakan tindakan saman manakala kenderaan berkenaan disita untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan pada Selasa. 
 
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kedah akan terus mempergiatkan penguatkuasaan secara bersasar bagi memastikan setiap kenderaan digunakan mengikut tujuan pendaftaran serta mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here