Nasa uji teksi udara pertama Joby eVTOL , kenderaan pengangkutan masa depan

1166

Advanced Air Mobility (AAM) Nasa melakukan ujian penerbangan pesawat eVTOL keluaran syarikat Joby Aviation yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat.

Ujian kali pertama itu sebahagian daripada Kempen Nasional bagi meningkatkan keyakinan orang ramai tentang kegunaan eVTOL sebagai teksi udara masa depan selain daripada pengangkutan barangan. 



Matlamat ujian tersebut bagi mengumpul data prestasi kenderaan dan akustik untuk kegunaan pemodelan dan simulasi konsep ruang udara masa depan.

Ujian itu akan membantu Nasa mengenal pasti kelemahan atau kekurangan kenderaan di bawah peraturan dan dasar semasa Pentadbiran Penerbangan Persekutuan bagi membolehkan pesawat AAM menyertai Sistem Ruang Udara Nasional.

Nasa mengumpul maklumat bagaimana kenderaan tersebut bergerak, berbunyi dan cara komunikasi dengan bilik kawalan sepanjang ujian dijalankan. 

Pasukan AAM menggunakan kemudahan akustik mudah alih dan membina lebih daripada 50 mikrofon untuk mengukur profil bunyi pesawat Joby eVTOL (dikuasakan enam motor elektrik) bagi setiap penerbangan berbeza.

“Kempen Nasional AAM NASA penting untuk mendorong kefahaman saintifik dan penerimaan orang ramai terhadap pesawat eVTOL,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Joby Aviation, JoeBen Bevirt.

Pada masa sama, Joby Aviation percaya Nasa bersetuju eVTOL merupakan sistem penerbangan yang bakal berfungsi sebagai teksi udara pertama buat orang ramai akan datang.

BACA>>Kereta terbang Ehang 216 jalani ujian di Bali, Indonesia

BACA>>Jetpack Aviation buka tempahan motosikal terbang The Speeder, harga mula RM1.6 juta

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Joby Aviation (@joby_aviation)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here