Degil lalu lorong kereta di plaza tol padahal lorong motor sebelah saja

3270

Tular satu rakaman video papan pemuka (dashcam) menunjukkan seorang rider penghantaran makanan menggunakan lorong kereta sewaktu melalui plaza tol Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

Menerusi video berdurasi 12 saat yang dimuat naik di Facebook MHrl Azln, kejadian tersebut menyebabkan palang tol menghentam sebuah kereta selepas sensor mengesan kenderaan melalui lorong berkenaan. 



Tindakan penunggang motosikal itu memberi imej tidak bagus kepada pekerja penghantar makanan yang lain.

“Sudah-sudahlah burukkan nama ‘rider’. Aku pun rider juga, tak pernah buat perangai macam ni. Kita elok-elok nak cari makan dah orang pandang serong, dilabel macam-macam,” komen salah seorang rider.

Rata-rata netizen mengecam tindakan tersebut dan menyifatkan perbuatan itu sebagai pentingkan diri dan menganiayai pengguna jalan raya lain.

Namun menambah lagi api kemarahan orang ramai apabila melihat lorong motosikal hanya terletak bersebelahan sahaja dengan lorong kereta tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here