Pengguna Twitter tayang garaj ketua pemuda umno, dah macam pusat jualan supercar

20122

Satu video tular di media sosial yang menunjukkan garaj sebuah rumah seperti pusat jualan yang penuh dengan barisan kenderaan mewah dan kereta sport. 

Difahamkan harta berkenaan milik Ketua Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin.



Klip video 20 saat yang dimuatnaik pemilik akaun Twitter @lamkanahraf itu menunjukkan barisan supercar mewah dan kelibat Nazir memakai kain pelekat kelabu dan baju T Adidas hitam. 

Antara barisan supercar yang ada di garaj rumahnya adalah Lamborghini Urus berwarna kuning, Lamborghini Aventador SVJ, Lamborghini Huracan, Ferrari 488 dan enam buah jentera Ducati antaranya V4 dan Panigale.  

Setelah meneliti akaun Instagram Nazir @nazirhussin10, imej garaj dan barisan kenderaan itu sama dengan beberapa foto yang dikongsi di laman Instagramnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Datuk Nazir @ J (@nazirhussin10)

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, beliau merupakan peminat tegar supercar selain jentera sportbike mewah. Tidak hairan Nazir merupakan pemilik Ducati Superleggera V4 tunggal di Malaysia.

Berdasarkan foto yang dikongsi, Nazir juga memiliki Range Rover, Porsche Macan, Range Rover Sport SVR dan pelbagai lagi. 

Jika anda menjejakkan kaki ke ruangan parkir rumahnya seolah memasuki Naza Mall Petaling Jaya versi kecil. 

Menerusi hantaran di laman Twitter itu ramai tertanya sumber kekayaan beliau, berdasarkan pencarian di internet selain daripada ahli politik Nazir merupakan Pengerusi Yayasan Bank Rakyat. 

Menurut pengguna bernama @qielalaa:
 

“Ni bekas boss saya, Nazir Hussain. Tapi saya kerja under company abang dia, Dato Mubarak. Family depa memang kaya pun. Kaya 7 keturunan takkan habis. Dan antara boss yg tak pernah lokek belanja staff setiap minggu. Sebulan sekali wajib belanja staff nasi beriani Insaf.”

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here