McGregor tayang kapal layar supercar Lamborghini (4000hp), harga RM15 juta saja

8343

Conor McGregor mendedahkan kapal layar mewah miliknya di laman Instagram dengan kapsyen ringkas ‘My Lamborghini yacht is ready’ (Kapal layar Lamborghini aku dah siap).

Bintang UFC berumur 33 tahun itu berkongsi foto kapal layar sepanjang 63 kaki yang sedang dibawa keluar dari tapak pembinaan model itu di Itali. 



Jentera terbaharu Lamborghini Technomar 63 tersebut bernilai £2.6 juta (RM15 juta) dan dibangunkan oleh syarikat Italian Sea Group dan Tecnomar buat Lamborghini.  

Kapal layar McGregor merupakan edisi ke-12 daripada 63 buah bot yang dibina khas. Kapal seberat 24 tan dengan panjang 63 kaki itu mampu mencapai kelajuan maksimum 111km/j hasil penggunaan enjin 24.2-liter V-12 dengan kuasa 4000hp.

Mengambil inspirasi dari model ikonik, kapal layar itu memiliki bentuk badan yang bersudut dan futuristik dengan lampu depan bentuk Y dan logo Lamborghini popular. 

Bentuk luaran Technomar 63 juga mengambil inspirasi dari rekaan Lamborghini Miura dan Countach dari tahun 1960-an dan 1970-an. Antara ciri istimewa kapal layar itu adalah bilik tidur peribadi di bahagian bawah yang menyediakan ruangan bersantai ketika berlayar di lautan.

Papan pemuka juga berasaskan kereta sport hibrid enjin tengah Lamborghini Sián FKP 37 yang menawarkan bentangan susun atur berbeza. 

McGregor memulakan pembinaan kapal layarnya bermula Oktober lalu apabila dia memuatnaik gambar sedang memilih material bot miliknya.

Menurut Forbes, tahun lalu McGregor memiliki nilai kekayaan AS$48 juta (RM203 juta).

 
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Conor McGregor Official (@thenotoriousmma)

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here