Kapal persiaran mewah ini tersadai kerana Covid-19, kini dijual sebagai besi buruk

2531

Beberapa buah kapal persiaran mewah dari United Kingdom dan Amerika Syarikat tersadai di pelabuhan Turki, difahamkan terjejas kerana penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia ketika ini.

Kapal-kapal persiaran mewah ini merupakan salah satu pusat kluster awal pandemik ini, yang mula merebak ke seluruh dunia pada awal tahun 2020.



Pada bulan Mac, pihak berkuasa Amerika Syarikat mengeluarkan perintah untuk tidak melakukan pelayaran kepada semua kapal persiaran mewah mereka. Kesan dari perintah tersebut, kesemua kapal diletakkan di satu pelabuhan di Turki.

Setiap bahagian daripada kesemua kapal yang terlibat akan dibuka, sebelum dijual semula. 

Kapal persiaran mewah

Salah satu daripada kapal tersebut adalah Carnival Fantasy yang sebelumnya dikendalikan oleh syarikat gergasi Amerika Carnival Cruise Line. Kapal itu melakukan pelayaran sulungnya pada tahun 1990 dan baru sahaja dibaik-pulih pada tahun lalu.

Syarikat itu sebelum ini mendedahkan, sebanyak 13 kapal persiarannya akan dilupuskan tahun ini untuk dikitar semula sebagai besi buruk.

Sebelum pandemik, pelabuhan itu hanya menempatkan kapal-kapal kargo dan kontena, namun penularan Covid-19 mengubah segalanya.

Kapal persiaran mewah

Seramai 2,500 pekerja diperlukan untuk melakukan kerja-kerja dismantling sebuah kapal penumpang dan ia memakan tempoh enam bulan.

Malah, setiap bahagian lain dalam kapal itu turut tidak dilupuskan begitu saja kerana pihak pengurusan hotel akan datang untuk membeli mana-mana barangan terpakai.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here