Utama Berita Automotif Berita Global Pesawat pakai ‘topeng muka’ curi perhatian di Indonesia

Pesawat pakai ‘topeng muka’ curi perhatian di Indonesia

1859

Syarikat penerbangan nasional Indonesia, Garuda Indonesia memperkenalkan sebuah pesawat yang lengkap ‘memakai’ topeng muka pada bahagian hadapannya.

pesawat topeng muka

Pesawat jenis Airbus A330-900 Neo itu tampil dengan keunikan tersendiri apabila dilengkapi dengan pelekat yang berbentuk topeng muka berwarna biru, dipasang pada bahagian ‘hidung’ pesawat tersebut.



Topeng muka lengkap bertali itu dilukis sehingga ke bahagian tingkap penumpang menggambarkan seolah-olah talinya berayun ditiup angin.

Di bahagian bawah badan pesawat tersebut pula tertera mesej: “Ayo Pakai Masker” (Mari pakai pelitup muka).

Menurut Garuda Indonesia, pelancaran Airbus A330-900 Neo dengan reka bentuk tersendiri itu adalah sebagai sebahagian sokongan syarikat penerbangan itu terhadap usaha kerajaan untuk mendidik masyarakat supaya memakai topeng muka.

“Ini selaras dengan komitmen dan kesungguhan kami untuk mengutamakan aspek keselamatan dan keselesaan penumpang,” kata Presiden PT Garuda Indonesia, Irfan Setiaputra.

Penerbangan pertama Airbus A330-900 Neo berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta ke ibu kota wilayah Sumatera Utara, Medan pada Jumaat lalu.

Pesawat tersebut turut dijadual membuat penerbangan ke Tokyo pada Rabu ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here