Rider berkaki besi curi tumpuan di jalan raya

1878

Berstatus orang kurang upaya (OKU) bukan penghalang kepada seorang pemuda untuk mencari rezeki. Dia bahkan mampu membuat empat pekerjaan seperti orang lain.

kaki besi

Dikenali sebagai Danial Asyraf Roslan, 22, dia yang bekerja sebagai penghantar barang mencuri tumpuan apabila gambarnya sedang menunggang motosikal dengan ‘kaki besi’ tular di media sosial.



Menurut Danial, dia mula memakai ‘kaki besi’ atau sebenarnya kaki palsu tersebut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2017.

Danial juga berkata sebelum ini pernah bertugas di sebuah kilang di negeri itu tetapi telah diberhentikan kerja sejak akhir tahun lalu atas sebab-sebab tertentu.

“Rezeki bergantung kepada Tuhan. Kalau ada, adalah. Tapi saya tak putus asa, buat apa saja yang saya boleh lakukan atas sokongan keluarga dan teman-teman rapat.

“Sama juga macam kerja delivery ni. Kalau ada pelanggan, adalah kerja. Kalau tak ada, saya tunggu di mana-mana sampai ada pesanan sebab kerja ni tak boleh putus asa,” katanya.

Dia juga difahamkan mula bekerja sebagai penghantar barang di sebuah syarikat untuk perkhidmatan di sekitar Melaka, sejak hampir dua bulan dan melakukan kerja-kerja lain seperti penghantaran secara sambilan untuk sebuah restoran, penghantar perniagaan susu kakaknya dan runner.

Tambah Danial, dia akan terus berusaha selagi boleh dan kudrat yang dikurniakan untuk mencari rezeki demi kelangsungan hidup.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here