Jurutol disimbah air kerana tak dapat tambah nilai kad Touch N Go

1359

Baru-baru ini, seorang jurutol yang dikenali sebagai Faten, berdepan detik cemas apabila disimbah air oleh seorang pengguna jalanraya ketika dia sedang bertugas.

jurutol disimbah air

Kejadian yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu difahamkan berlaku di Lebuh Raya KESAS kira-kira jam 7.30 pagi.



Menurut Faten, lelaki tersebut ingin menambah nilai kad Touch N Go (TNG) namun perkhidmatan itu tidak disediakan di lorong tersebut. Lelaki itu bagaimanapun tetap berkeras untuk menambah nilai di pondok tol yang dijaganya.

Lelaki itu bertindak datang semula kira-kira jam 9.20 pagi dengan membawa bungkusan air sejuk dan bertindak menyimbah Faten di situ. Tidak berakhir di situ, lelaki itu turut mengeluarkan kata-kata kurang manis kepada Faten.

Berikutan kejadian tersebut, pihak KESAS membuat satu laporan polis, manakala Faten difahamkan direhatkan buat sementara waktu dari tugasnya.

Pihak KESAS juga menasihatkan semua pihak agar tidak menviralkan video tersebut dan membuat sebarang spekulasi. Pihak KESAS juga tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang tindakan yang tidak diingini berpunca dari penularan video tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here