Seorang lelaki di Florida ‘kantoi’ buat pinjaman tabung Covid-19 untuk beli Lamborghini

1500

Seorang lelaki di Florida, Amerika Syarikat membuat pinjaman untuk tabung bantuan Covid-19. Namun, wang bantuan tersebut disalah-guna untuk membeli barang-barang mewah termasuk sebuah Lamborghini. 

Lamborghini covid-19

Dia yang dikenali sebagai David T. Hines dari Miami, walau bagaimanapun sudah ditangkap dan didakwa di Mahkamah Persekutuan Miami. Dia difahamkan membuat pinjaman persekutuan, yang bertujuan untuk membantu perniagaan kecil yang terjejas kerana pandemik ini.



Namun, wang tersebut habis dibelanjakan termasuk untuk sebuah Lamborghini Huracán dan barang-barang lain.

Hines ditahan atas tiga kesalahan. Pihak berkuasa juga merampas supercar yang bernilai sekitar $318,000 (RM1.3 juta) tersebut dan USD3.4 juta (RM14.4 juta) dari akaun banknya.

Lelaki yang berusia 29 tahun itu didakwa atas satu tuduhan penipuan bank, satu tuduhan memberikan kenyataan palsu dan satu tuduhan melakukan transaksi yang tidak sah.

Hines pada awalnya difahamkan membuat permohonan pinjaman sebanyak USD13.5 juta (RM57.2 juta) namun hanya diluluskan oleh pihak bank sebanyak USD3.9 juta (RM16.5 juta).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here