Covid-19: Nissan batalkan festival NISMO 2020

1192

Nissan Motor Co., Ltd. bersama dengan Nissan Motorsports International Co., Ltd., telah membuat keputusan untuk membatalkan festival NISMO pada tahun ini.

Nissan nismo

Acara tersebut biasanya diadakan pada setiap tahun dan berfungsi sebagai acara penghargaan kepada peminat yang dilakukan oleh syarikat pengeluar dari Jepun tersebut.



Ia biasanya diadakan di Fuji Speedway, Jepun dan mempamerkan kenderaan seperti Nissan GT-R, Nissan 370Z, dan kenderaan baru lain kepada peminat. 

Festival NISMO pada awalnya dijadualkan akan diadakan pada 6 Disember 2020. Namun dengan keadaan global yang masih dalam proses mencegah penularan pandemik Covid-19, Nissan membuat keputusan untuk membatalkannya.

Acara yang melibatkan orang ramai ini berkemungkinan besar akan memudahkan pandemik tersebut tersebar. Jadi, Nissan mengambil tindakan ini bertujuan untuk melindungi kesihatan orang ramai dan juga kakitangan Nissan dan NISMO.

Walaupun dibatalkan pada tahun ini, Nissan akan berusaha untuk mengadakan festival NISMO pada tahun 2021, dengan harapan lebih ramai peminat menantikan acara ini dan menikmatinya pada masa akan datang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here