Lamborghini Huracan transformasi “Mario Kart”

1433

Lamborghini Huracan adalah sebuah supercar yang berprestasi tinggi dan memiliki penampilan yang agak menarik.

Namun baru baru ini seorang pemilik Lamborghini Huracan yang juga peminat tegar permainan video Super Mario mengubah penampilan keretanya menjadi kenderaan permainan siri keluaran Nintendo itu.



Menggunakan kaedah wrap bertemakan Mario dan Peach, bahagian splitter depan Huracan dicat dengan warna kuning yang kemudian digabungkan dengan padanan warna merah jambu dan putih pada hud dan bampar depan.

Imej mahkota yang dipakai oleh Princess Peach diletakkan di tengah hud depan manakala rim disembur dengan cat putih/kuning bersama set kaliper brek merah jambu.

Badan Huracan berkenaan diwrap semula pada 2019 oleh sebuah syarikat yang dikenali sebagai Vinyl Bros dan pada masa sama Lamborghini Huracan Performante dibaluti semula dengan tema yang diilhamkan dari Mario.

Huracan Performante tersebut dimiliki oleh seorang YouTuber yang dikenali sebagai SuperMarioLogan (SML). Manakala Huracan bertemakan Princess Peach pula milik kekasihnya sebagai pemilik akaun Chilly di YouTube.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here