Terlalu tinggi ratu cantik India susah keluar masuk Lamborghini Huracan

6000

Urvashi Rautela, seorang pelakon Bollywood menjadi perhatian di media sosial gara-gara gambarnya dengan sebuah Lamborghini Huracan.

Lamborghini Huracan

Dia yang pernah mewakili India ke pertandingan Miss Universe 2015 itu tular bukan kerana memiliki rupa paras yang cantik namun menyatakan kesukarannya masuk dan keluar dari supercar Itali tersebut.

“Instagram Vs Reality, masalah gadis tinggi,” tulis Urvashi di akaun Instagram miliknya.



huracan ratu cantik

Urvashi yang memiliki ketinggian 178cm dilihat terpaksa membongkok untuk keluar dari Huracan bagi mengelak bahagian kepala terhantuk pada tiang supercar itu.

Dari segi saiz, Huracan berukuran 4459mm (panjang), 1924mm (lebar), dan 1165mm (tinggi) dengan jarak roda 2620mm serta jarak kelegaan tanah (125mm).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by URVASHI RAUTELA 🇮🇳Actor🇮🇳 (@urvashirautela)

Sesetengah supercar sememangnya tidak sesuai bagi individu yang tinggi dan tubuh badan  besar. Sebagai contoh, sebelum ini Dwayne Johnson atau The Rock pernah berkongsi pengalamannya yang sukar masuk ke dalam sebuah Porshe Taycan Turbo S.

Lamborghini Huracan dikuasakan oleh enjin V10 5.2-liter yang mampu menghasilkan kuasa  610hp @ 8,250rpm dan tork 560Nm @ 6,500rpm.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here