Pemandu terlelap kereta Proton Persona terjunam ke dalam sungai

1355

Seorang wanita dipercayai terlelap ketika memandu menyebabkan keretanya terbabas ke dalam sungai di Kilometer 61, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di Kota Tinggi, Johor.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, mangsa Nurul Ain Shamyra Shariff, 22, menaiki kereta Proton Persona seorang diri dari arah Sungai Rengit menghala ke Kota Tinggi.



“Tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan dipercayai mangsa terlelap sebelum terbabas ke dalam sungai dan terbalik.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami sakit di bahagian leher manakala keretanya rosak serta remuk pada bahagian bumbung,” katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rafi Mohd Nor berkata mangsa dikeluarkan dari kereta oleh orang awam.

“Pasukan bomba kemudian bertindak mengeluarkan kereta mangsa dari sungai menggunakan pengusung dan tali,” katanya. 

Mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Air Tawar 2 sebelum dibawa mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kota Tinggi.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here