Pandemik yang masih melanda seluruh dunia ketika ini mengakibatkan pembatalan beberapa siri MotoGP, seperti Grand Prix Australia dan Thailand.
Namun Grand Prix San Marino yang bakal berlangsung pada 19 September ini akan diadakan sepeti biasa bahkan terbuka kepada orang ramai.
Bagaimanapun, jumlah penonton akan dihadkan kepada 50 peratus daripada kapasiti maksimum litar Misano. Jadi hanya 23,000 penonton dibenarkan masuk dan mereka perlu mematuhi protokol keselamatan.
Penonton yang hadir perlu mematuhi protokol yang ditetapkan iaitu penjarakan fizikal 1 meter antara satu sama lain.
Setiap tiket akan disertakan dengan nombor kerusi, dan pengunjung perlu menggunakan aplikasi khas untuk mengisi maklumat seperti kawasan parkir dan arahan mengenai tempat duduk yang ditetapkan pada tiket.
Selain itu, penonton juga wajib memiliki kad Pas Hijau Covid-19 yang sah. Kad itu memaparkan info jika individu sudah divaksin, diuji negatif Covid-19 dalam tempoh 14 hari terakhir, atau sembuh dari Covid-19 dan berada dalam keadaan sihat.
Pihak penganjur juga menyediakan kemudahan saringan Covid-19 di litar Misano bagi memastikan keselamatan pengunjung dan dapat memeriksa keadaan kesihatan mereka secara langsung.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar