Rider FoodPanda tular bawa anak hantar pesanan, “Saya tiada pilihan lain sebab….”

2464

Baru-baru ini tular di media sosial seorang penghantar makanan FoodPanda membawa anaknya berusia setahun ketika bekerja.

Kisah berkenaan dikongsi oleh Pengguna Facebook bernama Rohayu Mohd Rodzi yang sedih melihat kesungguhan rider berkenaan dan meminta netizen mendoakan mereka.



Penghantar makanan FoodPanda yang dikenali sebagai Muhammad Razwan Izuddin Abdullah, 29 itu berkongsi kisah sebenar bersama Harian Metro. 

Jelasnya dia bekerja sebagai penghantar makanan sejak enam bulan lalu selepas menganggur beberapa bulan kerana diberhentikan kerja sebagai tukang cuci di sebuah kilang.

Isterinya, Nor Hasliza Abdullah, 24, pula pembantu di sebuah klinik. Disebabkan tiada siapa boleh menjaga Muhammad Adam Rizqi, dia perlu membawa bersama anaknya tambahan waktu kerja yang fleksibel.

“Sebenarnya, sejak awal bekerja sebagai penghantar makanan lagi saya sudah membawa Adam kerana pendapatan tidak cukup untuk membayar pengasuh.

“Kami menyewa dengan bayaran RM400 sebulan malah tiga lagi anak berusia tujuh, lima serta tiga tahun terpaksa dihantar ke kampung dijaga ibu saudara isteri kerana kewangan belum stabil.

“Saya perlu jelaskan perkara ini kerana ada segelintir netizen mempersoalkan tindakan saya membawa anak keluar bekerja dengan menunggang motosikal.

“Hakikatnya, saya terpaksa dan tidak akan membawanya bersama jika mampu mengupah pengasuh,” katanya.

Dia juga berterima kasih kepada semua yang pernah membantu dan mendoakannya selepas kisahnya tular di laman sosial.

“Hanya Allah saja dapat membalasnya dan hari ini (29 Julai), saya akan berpindah ke Mak Mandin, Butterworth dan anak nanti akan dijaga oleh ibu saudara yang tinggal berhampiran,” katanya.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here