Kit badan terakhir dari Liberty Walk untuk Lamborghini Aventador

1777

Liberty Walk baru baru ini melancarkan kit badan terakhir untuk ditawarkan kepada pemilik Lamborghini Aventador.

Pengeluaran Aventador hampir berakhir dan penala dari Jepun itu mendedahkan perincian kit badan Silhouette Works GT-EVO yang terhad kepada 20 unit.



Pertama kali diperkenalkan pada awal tahun, kit badan GT-EVO baharu mengubah penampilan Aventandor. Antara aksesori yang dikeluarkan ialah bampar baharu, splitter, ruang kemasukan udara pada fender depan dan juga hud.

Bahagian sisi pula menampilkan arca roda baharu di depan, skirting sisi dan arca roda lebih lebar pada bahagian belakang. Satu set roda selepas pasaran dan sistem suspensi udara turut ditawarkan.

Perubahan penampilan pada spoiler belakang, penutup enjin, bampar belakang, dan diffuser menyerlahkan lagi keunikan Aventador. 

Kit badan ditawarkan dengan pelbagai pilihan pada harga bermula dari USD94,600 (RM399k) sehingga USD187,000 (RM790k).

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here