Ramai malas guna signal, sudahnya PBT wilayah Jepun ini tulis mesej ringkas atas jalan

3058

Isu signal bukan saja berlaku dalam kalangan pengguna Malaysia rupanya Jepun juga berdepan perkara yang sama.

Siapa sangka penduduk negara yang dikenali beradab dan sopan itu ada juga yang malas menyalakan lampu signal. Habit itu begitu lazim dalam kalangan pengguna di Okayama.



Sehinggakan pihak pentadbir perlu meletakkan tanda baharu di atas jalan yang mengingatkan penunggang atau pemandu agar menggunakan signal sebelum tiba di selekoh.

Pengguna Twitter @GaijinRoman yang teruja melihat tanda mesej peringatan berkenaan menjelaskan dalam satu video pendek.

“Oh..tengok, tengok. Dah nak sampai, tengok semua nampak tak ada bintang?. Faham tak tu, meh sini aku cerita pada orang luar.

“Lawakkan, sebenarnya di Okayama ni ramai sangat malas guna signal, jadi pentadbir tulis mesej atas jalan ingatkan pengguna nyalakan signal,” katanya. 

Perkataan Jepun sebelum imej bintang itu ialah 合図 (“aizu”) yang bermaksud signal. GaijinRoman juga pada mulanya tidak tahu tentang perkara tersebut yang mana dalam nada bergurau dia mengingatkan imej itu adalah bintang Hollywood.

Video berkenaan sudah mencapai 900,000 tontonan sejak dimuatnaik 16 Julai lalu. Selain itu, pengguna Twitter @dragunova_ega73 turut membalas ciapan tersebut dengan berkongsi foto mesej peringatan yang sama.

Namun mesej itu ditulis di jalan raya Wilayah Saga yang mana lambang bintang ditukar kepada imej belon. Penyampaian mesej dengan cara interaktif tersebut bukan sekadar peringatan, kemungkinan juga bakal mengubah habit pengguna kepada kebiasaan. 

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here