Dua cara memandu di seluruh dunia, Malaysia yang mana satu?

1896

Dikatakan terdapat dua jenis cara memandu di dunia secara amnya, iaitu jenis patuh pada undang-undang atau jenis ikut saja (santai, tak terlalu patuh undang-undang, faham-faham sendiri).

James May. Foto: Motor Trend

Pendapat ini dinyatakan oleh James May, pengacara The Grand Tour dalam satu video temuramah oleh Drivetribe.

Menjawab soalan berkenaan tempat kegemarannya untuk memandu, May berkata, “Tempat mengujakan untuk dipandu jika anda orang Eropah ialah India kerana budaya memandu di sana sangat berbeza.”



Contoh jalanraya di Eropah. Imej: The German Way

“Di Eropah, kita sangat patuh kepada undang-undang. Anda mesti buat perkara yang betul, anda mesti berada dalam lorong yang betul, dan sebagainya. Jika tidak, anda akan disaman.”

Bekas pengacara Top Gear itu menyambung, “Di India, segalanya lebih freestyle (bebas).

Trafik di India. Imej: Fair Observer

“Peraturannya begini, jika kereta di sebelah anda lebih ke depan, anda biarkan dia masuk. Kerana bila-bila nanti, anda pun akan lebih ke depan, dan pemandu di sebelah akan biarkan anda masuk (tukar lorong).”

Menurut May, ianya lebih bersifat saling memahami.

“Ia bergantung kepada sifat kemanusiaan berbanding undang-undang, yang mungkin lebih baik untuk semua orang secara amnya.”

May menambah, “Masalahnya orang Eropah memandu lebih cenderung patuh kepada undang-undang, dan orang Asia – atau lebih tepat India – jenis ‘layan sahaja’ atau ‘ikut dan sahaja’.”

Penulis sangat setuju dengan pendapat James May ini. Negara-negara maju seperti Eropah sangat patuh undang-undang dan berdisiplin, kerana itulah kadar kemalangan jalanraya mereka lebih rendah.

Sementara itu di Malaysia dan negara-negara membangun, biasa kita lihat pemandu jenis yang ikut daaannn saja, sebagai contoh tukar lorong tanpa signal (isyarat). Tidak pasti sama ada malas atau mengharap pemandu lain faham niat mereka.

Sebenarnya cara memandu mana lebih sesuai untuk kita ikuti? Pada pendapat penulis, cara Eropah atau patuh undang-undang lebih sesuai.

Bukan untuk menjadi skema atau poyo, tetapi memandu sebenarnya satu aktiviti yang berisiko. Jadi segala pergerakan anda perlulah jelas dan dapat dijangka oleh pengguna jalan raya lain.

Sebagai contoh, jangan teragak-agak hendak pergi ke lorong mana, ini boleh menyebabkan anda terlanggar atau dilanggar kenderaan lain.

Pastikan semua manoeuvre anda jelas. Tunjukkan niat anda. “Hei, aku akan masuk ke kanan ni, tumpang lalu.”

Penulis percaya cara memandu sebegini akan menjadikan jalanraya kita lebih selamat dan kurang stress bila digunakan.

Pernah terfikir kenapa Jerman ada lebuhraya Autobahn yang tiada had kelajuan tetapi kadar kemalangan tetap rendah?

Berkenaan pendapat James May, anda boleh tonton dalam video di bawah, bermula minit 2:48.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here