Kerajaan setuju tangguh kenaikan kadar tol tahun ini

1101

Kerajaan bersetuju menangguhkan kenaikan kadar tol tahun ini bagi tempoh bermula 1 Januari hingga 31 Disember depan.

kadar tol

Penangguhan itu membabitkan tiga lebuh raya yang sepatutnya mendapat kenaikan kadar tol mulai 1 Januari lalu, iaitu Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Lebuh Raya Lembah Kelang Selatan (SKVE) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2).



Menurut Menteri Kanan (Kerja Raya), Datuk Seri Fadillah Yusof, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet, kelmarin, selepas mempertimbangkan peningkatan kos sara hidup rakyat berikutan penularan wabak Covid-19.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here