Pelancong asing mati dilanggar ketika melintas di lintasan zebra

2854

Sebagai pengguna jalan raya yang ada lesen sah, anda patut tahu bahawa kita mesti berhenti jika ada pejalan kaki melintas di lintasan zebra. Di sini, keutamaan adalah kepada pejalan kaki, tidak kira ada lampu melintas atau tidak.

Tetapi malang sekali, sesetengah pemandu atau penunggang Malaysia tidak begitu patuh kepada undang-undang ini dan selalunya ia tidak berakhir dengan begitu baik.



Seorang pelancong asing warga emas meninggal dunia setelah dilanggar oleh sebuah kereta di lintasan zebra di Pulau Tikus, Pulau Pinang. Lelaki Caucasian (kulit putih) ini dipercayai dilanggar oleh sebuah Perodua Myvi berwarna putih yang dikatakan telah melanggar lampu isyarat merah.

Di sini terdapat video yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter:

Dapat dilihat pelancong itu tertiarap dengan darah berlumuran dari kepalanya dan bahagian depan Myvi itu yang kemik kesan dari perlanggaran.

Menurut respon dari tweet it, keadaan jalan di Pulau Tikus sangat berbahaya untuk pejalan kaki. Ia sempit dan selalu dipenuhi kereta.

Tahun lepas, berlakunya kemalangan serupa di kawasan sama yang telah membunuh seorang wanita berumur 58 tahun. Wanita itu dilanggar oleh sebuah motosikal yang ditunggang laju ketika dia melintas di lintasan zebra.

Bagi kami, perkara ini sangat memalukan Malaysia dan industri pelancongan kita khususnya. Jika kita mahu terus menarik pelancong datang ke sini dan mereka biasanya gemar berjalan kaki untuk meneroka bandar, sudah tentu kita perlu memberi jaminan keselamatan buat mereka.

Sudah tiba juga masa bagi pihak berkuasa mengkaji semula hukuman bagi pesalah trafik sebegini dengan mengenakan hukuman lebih berat.

Pemandu juga perlulah ubah mentaliti mereka menjadi pemandu lebih selamat. Bukan untuk ’skema’, tetapi berdisiplin! Tahun depan dah masuk 2020. Negara nak maju, rakyat juga harus maju.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here