Yamaha Tracer 900 GT sedia menjelajah, RM59k, pelbagai ciri baharu

2911

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah merasmikan pelancaran siri terbaharu Yamaha Big Bike, iaitu Yamaha Tracer 900 GT 2019.

Datang dengan dua warna iaitu Grey and Matt Blue, Tracer 900 GT ini dijual pada RM58,888 tanpa insurans, cukai jalan dan pendaftaran.



 

Yamaha Tracer 900 GT dipacu oleh enjin 847 cc tiga silinder sejukan cecair yang mampu menghasilkan 115 PS dan 87.5 Nm.

Varian GT yang bermaksud Gran Turismo ini dilengkapi ciri-ciri unik dan baharu seperti:

  • Sistem Quick Shifter
  • Pemanas tangan
  • Penghadang depan boleh-laras
  • Sistem cruise control
  • Paparan instrumen TFT
  • Suspensi depan boleh-laras

Untuk 2019 juga, Tracer 900 GT ini mendapat rekaan badan baharu yang lebih halus dan dinamik. Ergonomiknya dikemasikini untuk memberikan tunggangan agresif tanpa berkompromi di aspek keselesaan.

Spesifikasi Yamaha Tracer 900 GT:

Enjin: 847 cc, 3 silinder, sejukan cecair

Kuasa: 115 PS @ 10,000 rpm

Tork: 87.5 Nm @ 8,500 rpm

Transmisi: Manual 6-kelajuan, klac jenis slip and assist

Brek: Dwi-cakera, ABS, 298 mm (depan), cakera tunggal, 245 mm (belakang)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here