Jawi siasat video tular brek cakera motor guna lambang lucah

21

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengambil perhatian serius berhubung isu penjualan dan penggunaan brek cakera motosikal yang mengandungi lambang lucah, seperti yang tular di media sosial.

Pengarah JAWI, Hanifuddin Roslan berkata ia susulan sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama Shinji Nagato.

“Video itu mendakwa terdapat pihak yang mengeluarkan dan menggunakan brek cakera motor yang mempunyai lambang lucah.

“Walaubagaimanapun, lokasi pengeluaran barangan berkenaan tidak dimaklumkan,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan. 

Sehubungan itu, JAWI akan menjalankan siasatan lanjut berkaitan perkara ini dan akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Kerjasama ini penting kerana isu ini melibatkan pengeluaran barangan yang tidak sopan dan didapati bertentangan dengan tatasusila rakyat Malaysia,” ujarnya. 

JAWI turut menasihati para pengeluar dan pengguna agar tidak menggunakan apa-apa lambang lucah pada produk dan barangan kegunaan mereka.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here