JPJ sita Toyota Alphard guna nombor plat ‘Groom’

183

Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL) menahan sebuah MPV mewah yang dihias untuk majlis perkahwinan selepas menggunakan nombor plat yang sukar dicam dan tidak mengikuti spesifikasi iaitu ‘Groom’.

Menerusi Ops Khas Luxury yang dijalankan di Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) semalam, Toyota Alphard putih yang dipandu warga asing itu turut melakukan kesalahan gagal mengemukakan Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang sah.

Menurut kenyataan, pihak JPJ WPKL menyita MPV berkenaan untuk tindakan lanjut. 

JPJ WPKL sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua aduan dan memastikan kenderaan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan.
 
Sebarang aduan kesalahan lalulintas, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan beserta butiran pengadu dan butiran aduan. 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here