Brek cakera sampai merah berasap, hanya di Sabah!

10912

Lebuhraya Keningau-Kimanis, Sabah dahulu pernah dianggap lokasi mistik kerana kereta bergerak sendiri menaiki bukit dan botol minuman bergolek ke atas bukit.

Kepercayaan itu ditambah apabila sering berlakunya kemalangan maut di lokasi tersebut.  Tidak hairan, penduduk tempatan menganggap lokasi itu keras dan takut melaluinya ketika malam.



Bagaimanapun fenomena aneh itu sebenarnya hanyalah graviti terbalik atau penipuan mata. Kawasan yang dilihat bertanah tinggi itu sebenarnya lebih rendah dan terjadi disebabkan lingkungan bentuk muka bumi tempat lokasi berkenaan.

Jalan Keningau ke Kimanis sepanjang kira-kira 53km itu menjadi jalan utama penduduk dari Keningau ke Kota Kinabalu.

JALAN CURAM & BERBUKIT

Bagaimanapun buat penduduk luar Sabah, mungkin tidak terbiasa dengan keadaan jalan berkenaan. Walaupun jalannya cantik, tetapi terlalu berbukit dan curamnya sangat bahaya. 

Kerana permukaan sedemikian tidak semua pemandu biasa dengan corak pemanduan yang sesuai memandangkan topografi yang ekstrim. 

Inilah yang terjadi pada seorang pengguna Facebook yang dikongsi akaun Facebook Tawau Kini. 

“Fuh, sampai merah berasap brake disc lalu jalan Kimanis ni, siap boleh cucuh rokok lagi. Bagi orang sini perkara biasa,kita yang tengok pelik,” tulisnya.

Ia agak merbahaya terutama buat pemandu yang tidak biasa menggunakan gear rendah ketika menuruni bukit. Ada kemungkinan pemandu membrek sepanjang jalan sehingga menyebabkan brek menjadi panas.

Sekiranya pemandu membrek perpanjangan tanpa henti boleh menyebabkan brek tersekat atau meletup. 

Untuk melalui laluan tersebut pengguna perlu memastikan keadaan kereta baik dan pemandu berpengalaman. Seharusnya pada keadaan menuruni bukit lebih afdal pemandu menggunakan gear rendah bagi mengelakkan penggunaan brek tanpa henti. 

Bahkan, ada juga penduduk tempatan yang menasihati bagi mereka yang pertama kali melalui jalan Keningau-Kimanis agar membawa rakan yang sudah berpengalaman dengan keadaan jalan tersebut. 

Berdasarkan perkongsian berkenaan, netizen turut menceritakan pengalaman melalui jalan tersebut antaranya:

“Ini mesti baru pertama kali ikut jalan Kimanis. tekan break dri tas sampai bawa komfemla berapi.”

“Tahun 2013 dari tawau ke kk ikut kimanis memng gila itu brake menyala..nasib saja ndak lebur.”

“Perkara biasa sudah ni, kalo kau memandu di Kimanis kerap guna brek terlampau lama, tipsnya di jalan Kimanis, pandu perlahan yang penting selamat.” 

“Ini bukan perkara biasa ni tapi luar biasa, kasi improve lagi driving skill ko kalau jalan keningau-kimanis.”

“Memang seram jalan situ tu, saya sudah rasa kereta rosak motor rosak, biarla tinggal kenangan di kalbu.”

“Ermmm..manual atau auto ada gear rendah..pastikan tak melebihi 80kmj meter, ni baik ni kes dia disc rotor ja..ada yg sampai terbakar krt turun kimanis.”

“Betul kira bernasib baikla kau bro dapat sampai selamat, selalu kalau jenis mcm ni drive ramai yang kecundang.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here